*Kembali

Malaysian Armed Forces Cataloging Authority (MAFCA)

Penguasa Katalog Angkatan Tentera Malaysia (ATM) atau lebih dikenali dengan MAFCA (Malaysian Armed Forces Cataloguing Authority) adalah satu badan penguasa yang ditubuhkan oleh ATM pada 7 Apr 1981 dan diberikan kuasa melalui Perintah Majlis Angkatan Tentera (PMAT) bilangan 9 tahun 1982. Mesyuarat Jemaah Menteri pada 23 Feb 1983 telah meluluskan supaya ATM menyertai Sistem Kodifikasi NATO dan membuat pertukaran data katalog dengan negara-negara pengguna yang lain. MAFCA telah mula beroperasi pada pertengahan bulan Jun 1981 dengan objektif untuk mewujud dan membentuk satu bahasa perbekalan bersama (common supply language) berlandaskan Sistem Kodifikasi Nato di kalangan pengguna sistem ini di dalam negara Malaysia dan di antara negara luar yang mengamalkan sistem ini.

MAFCA adalah sekarang di dalam proses untuk menggantikan sistem yang lama (iaitu MAFCAS - Malaysian Armed Forces Cataloguing Authority System) yang telah digunakan sejak tahun 1985. Sistem yang akan menggantikan MAFCAS dikenali sebagai eSKN (Elektonik Sistem Kodifikasi Nasional). Bermula pada Oktober 2006, sebagai permulaan, sistem ini digunakan secara perintis oleh empat (4) kementerian dan agensi kerajaan iaitu Kementerian Pertahanan, Kementerian Kesihatan, Jabatan Pengairan Dan Saliran serta Polis Di Raja Malaysia.

Objektif penggunaan eSKN adalah untuk memastikan perkara berikut:
- Pembentukan bahasa perbekalan bersama bagi keseluruhan operasi logistik
- Membolehkan Negara-negara pengamal NCS (NATO Codification System) dapat dihubungkan.
- Mengoptimumkan pengurusan sumber dengan meminimakan duplikasi alatan dalam inventori

*Kembali

Hakcipta Terpelihara MINDEF