Majlis Penghantaran Tim Pemantau Antarabangsa Mindanao 7
Isnin, 12 Mac 2012 00:00

Subang, 12 Mac 2012 - Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jeneral Tan Sri Dato' Sri Zulkifeli Bin Mohd Zin telah menyempurnakan Majlis Penghantaran Tim Pemantau Antarabangsa Mindanao 7 bertempat di Pangkalan Udara Subang, Subang.

Penghantaran Tim Pemantau Antarabangsa Mindanao 7 adalah bertujuan untuk menggantikan Tim Pemantau Antarabangsa Mindanao 6 yang telah bertugas selama 1 tahun mulai 12 Mac 2011 yang lalu. Selain daripada itu, penghantaran ini juga bertujuan untuk memenuhi hasrat Kerajaan Filipina dan juga Malaysia untuk menghantar tim pemantau dari Malaysia ke misi tersebut bagi tempoh satu tahun.

Turut hadir ialah pegawai-pegawai kanan tentera Kementerian Pertahanan.

Terakhir dikemaskini pada Khamis, 15 Mac 2012 15:15