| Pahlawan Challenge 2011 Ada Kelainan |
| Sabtu, 15 Oktober 2011 00:00 |
|
Acara yang bermula pada 15hb. Oktober (Sabtu) lalu dilepaskan secara "Flag Off" oleh YB Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Dr. Hj. Abd. Latiff Ahmad. Ia berkonsepkan Drive Hunt, peserta akan diminta menyelesaikan pencaraian berdasarkan petunjuk-petunjuk yang akan diberikan oleh urusetia pertandingan.
Penganjur turut menyelitkan unsur-unsur Amazing Race di mana peserta perlu melalui beberapa peringkat termasuk peringkat berjalan kaki sambil berusaha mengumpul dana untuk Tabung Rayuan Hari Pahlawan daripada orang awam dengan aktiviti yang peserta anjurkan. Di samping itu, peserta juga akan mendapat beberapa maklumat yang lebih jelas mengenai pengorbanan pahlawan-pahlawan terdahulu terhadap tanahair.
Acara yang disertai oleh kira-kira 200 orang yang terdiri daripada 50 kumpulan berkereta, memulakan aktiviti pencarian di Kem Wardieburn, Tugu Peringatan Negara, The Curve sebelum berakhir di muzium berkenaan.
Panglima Tentera Udara, YBhg Jen Tan Sri Dato’ Sri Rodzali bin Daud TUDM telah menyempurnakan Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah Cabaran Pencarian Harta Karun Pahlawan bersempena juga dengan Rayuan Hari Pahlawan 2011 di Muzium Tentera Udara Diraja Malaysia, Sungai Besi. |
| Terakhir dikemaskini pada Rabu, 19 Oktober 2011 17:16 |








KUALA LUMPUR, 15 









