W3C Disability Access
Isnin, 14 September 2009 10:41

Portal MINDEF menyediakan kemudahan untuk capaian Orang Kurang Upaya (OKU) / Disability Access.

A) Pengguna cacat penglihatan;

Suara Latar Teks (SLT)

1. Portal MINDEF kini dilengkapi dengan ciri Suara Latar Teks (SLT) di dalam Bahasa Malaysia.

2. Ia merupakan penambahbaikan W3C berbentuk suara bagi membantu OKU untuk melayari dan mencapai maklumat utama di Portal MINDEF.

3. Sila pastikan Komputer Peribadi / Laptop anda tidak berada dalam mode Mute.

4. Perkataan yang dilengkapi ciri ini akan memaparkan ikon .

5. Klik pada ikon tersebut untuk mendengar SLT.

6. Bagi menghentikan sementara SLT, klik ikon (yang telah ditandakan dengan bulatan merah) seperti rajah berikut:


7. Klik ikon tersebut sekali lagi untuk meneruskan SLT.

8. Bagi mengaktifkan Sound Volume, klik pada ikon sound seperti berikut :



9. Pastikan Sound Volume pada Komputer Peribadi/Laptop anda ditambah dan tidak berada di dalam keadaan mute:


IE Page Reader

1. Dapatkan IE Page Reader di sini.

2. Sebelum anda boleh menggunakan komponen ini, anda harus memuat turun MS Speech API. Jika anda menggunakan Windows2000, besar kemungkinan sistem anda sudah memiliki komponen ini.

3. Anda juga perlu memuat turun sekurang-kurangnya satu Speech engine. Speech engine adalah 'suara' seseorang lelaki atau perempuan, yang akan bercakap dalam Bahasa Inggeris atau bahasa-bahasa lain.

4. Untuk arahan selanjutnya bagi menggunakan komponen ini, sila klik di sini.

B) Pengguna buta warna;

Bagi pengguna buta warna, terdapat beberapa pilihan warna disediakan di ruangan atas setiap halaman Portal MINDEF. Pengguna boleh memilih warna daripada seleksi warna yang diberikan dan warna templet Portal MINDEF akan berubah serta-merta.

C) Pengguna warga tua;

Bagi pengguna warga tua, Portal MINDEF ada menyediakan kemudahan pilihan saiz teks yang berbeza. Pilihan saiz teks tersebut dipaparkan di ruangan atas setiap halaman Portal MINDEF. Pengguna boleh memilih samada untuk memilih saiz teks yang lebih besar atau lebih kecil, mengikut kesesuaian.

 

Terakhir dikemaskini pada Selasa, 08 Disember 2009 12:01