MySpata

  • Latar Belakang

    Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aset Kerajaan (JPAK) Bil.1/2009 pada 19 Februari 2009 yang dipengerusikan oleh Y.Bhg Tan Sri Ketua Setiausaha Negara telah memutuskan bahawa Modernisation and Management Planning Unit (MAMPU) perlu membangunkan Sistem Pengurusan Aset Tak Alih (SPATA) untuk digunapakai oleh semua kementerian dan Jabatan Kerajaan.

    Pembangunan aplikasi tersebut dibuat menggunakan kepakaran dalaman atau in house oleh pegawai-pegawai teknikal MAMPU dari Pasukan Perunding lCT dengan kerjasama pegawai-pegawai dari Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Pengairan & Saliran (JPS) dan Jabatan Perkhidmatan Pembetungan (JPP) sebagai subject matter experts.

  • Objektif Umum

    • Membangunkan Sistem Pengurusan Aset Tak Alih (SPATA) berasaskan teknologi web bagi pengurusan dan pemantauan aset tak alih untuk kegunaan semua agensi sektor awam. Walau bagaimanapun, Kementerian Pertahanan menggunakan sistem stand alone atas dasar keselamatan
    • Mewujudkan pangkalan data yang mempunyai maklumat aset tak alih yang lengkap, tepat, selamat, berintegriti dan mudah dicapai
  • Objektif Khusus

    • Untuk mewujudkan pengurusan maklumat aset tak alih yang efektif dan efisyen bagi meningkatkan tahap penyampaian perkhidmatan Kerajaan
    • Untuk memastikan pengurusan aset tak alih dilaksanakan secara sistematik, holistik dan lestari untuk mencapai faedah aset yang optimum
    • Untuk memastikan pelaksanaan penilaian dan pemantauan aset tak alih yang lebih mudah
  • Sistem mySPATA

    Sistem Pengurusan Aset Kerajaan pada dasarnya adalah menggunakan akses atas talian untuk semua kementerian bagi tujuan memudahkan akses maklumat aset tak alih dari mana-mana tempat. Walau bagaimanapun, Kementerian Pertahanan memilih untuk mewujudkan system tersebut secara berasingan melibatkan penggunaan server Kementerian Pertahanan di mana ianya adalah atas dasar keselamatan.

    Sistem mySPATA merupakan satu sistem pengurusan aset kerajaan yang baru diwujudkan bagi memantapkan pengurusan aset kerajaan selaras dengan Pekeliling Am Bilangan 2/2012 bertujuan untuk :

    • Menjelaskan Tatacara Pengurusan Aset Tak Alih (TPATA) Kerajaan
    • Kesinambungan daripada Dasar Pengurusan Aset Kerajaan (DPAK) dan Pekeliling Am Bilangan 1/2009: Manual Pengurusan Aset Menyeluruh Kerajaan (MPAM)
    • TPATA digunakan sebagai rujukan dan panduan kepada Kementerian/Jabatan/Agensi di dalam menguruskan asset tak alih masing-masing.     

    Sesi Penerangan dan bengkel telah giat diadakan sepanjang tahun 2013 dan 2014 dengan jayanya dengan bantuan penerangan dari pihak Jabatan Kerja Raya. Sebanyak 15 Jabatan/Bahagian/Markas terlibat dalam aktiviti pengisian Aset Tak Alih kementerian. Antaranya ialah Markas Tentera Darat, Markas Tentera Laut, Markas Tentera Udara, Markas ATM, Bahagian Pentadbiran Kementerian, Bahagian Pembangunan (Perumahan) Kementerian, Depot Simpanan Pertahanan (DSP), Jabatan Hal Ehwal Veteren (JHEV), Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Institut Penyelidikan Sains dan Teknologi Pertahanan (STRIDE), Mindef Sabah, Mindef Sarawak, PERHEBAT, BSPP dan BADSA.

    Penglibatan pengisian data-data asas yang diperlukan ialah data yang melibatkan pendaftaran premis di mana ia merangkumi lot tanah, blok bangunan dan binaan luar yang juga dikenali sebagai Daftar Premis Aset (DPA). Selain itu, pendaftaran data yang lebih terperinci yang merangkumi aras bangunan dan ruang bagi setiap aras turut di senaraikan dimana ia dikenali sebagai Daftar Aset Khusus (DAK). Keluasan keseluruhan premis pula dapat dikenal pasti setelah keseluruhan luas lantai ruang-ruang siap diisi di dalam sistem.

    Pendaftaran aset melibatkan pengisian borang secara manual (melibatkan borang DA 3, DA 3a, DA 4, DA 5, DA 7 dan DA8) dan pengisian scara digital dimana maklumat yang di isi di dalam borang-borang tersebut akan di pindahkan ke dalam system mySPATA. Kedua-dua cara ini perlu dilaksanakan bagi tujuan pengauditan asset tak alih dan juga penjanaan koding secara automatik oleh system. Sistem koding yang disediakan akan memudahkan perlaksanaan proses penyelenggaraan kelak dan ianya penting kerana penggunaanya adalah secara seragam antara semua kementerian.

    Pendaftaran Aset Tak Alih bagi Kementerian Pertahanan adalah penting selaras dengan perlaksanaan Sistem Akaun Akruan yang akan dilaksanakan pada 1 Januari 2015 di mana peruntukan-peruntukan penyelenggaraan Aset Tak Alih kelak disalurkan dapat diunjurkan dengan lebih tepat dan pembahagian peruntukan dapat disalurkan dengan lebih adil antara premis-premis yand didaftarkan oleh kerana perbandingan secara quantiti berdasarkan keluasan lantai dapat dilakukan secara mudah dan jelas.

    Oleh itu, perlaksanaan TPATA adalah sangat penting dan perlu dititikberatkan oleh kesemua Jabatan/Bahagian/Markas Kementerian Pertahanan untuk memastikan aset Kerajaan khususnya Kementerian Pertahanan dapat diuruskan dengan cekap, profesional, dan ekonomik serta selamat untuk digunakan oleh pengguna.

×

  • Tatacara pemakaian pelawat Kementerian Pertahanan Malaysia

  • PERHEBAT menawarkan Skim Pembiayaan Mikro Usahawan Veteran ATM sehingga RM50,000.00. Untuk maklumat lanjut layari www.perhebat.net.my atau hubungi 03-6156 9412 sambungan 212/272

  • Sila klik di sini untuk makluman berkenaan tender.

×

Transformasi Nasional 2050 atau TN50 adalah satu usaha untuk membentuk masa depan Malaysia bagi tempoh 2020 hingga 2050. Dari sebuah negara maju, kita harus menyasar untuk menjadi antara negara teratas di tangga dunia dalam ekonomi, kesejahteraan rakyat dan inovasi.

Sasaran ini harus diisi dan diberi makna oleh warga Malaysia sendiri. Ayuh, marilah kita berkongsi pendapat dan idea serta menetapkan matlamat bersama ke arah masa hadapan Negaraku. Bersama kita satukan minda dan harapan.

Apakah aspirasi anda untuk Pertahanan Negara di tahun 2050?
Invalid Input

Jantina
Invalid Input

Umur
Invalid Input

Kaum
Invalid Input

Captcha(*)
CaptchaInvalid Input

×
Kaji Selidik Portal MinDef

 

 

 

 

 

 

 

Klik untuk selanjutnya