| Majlis Penghantaran Tim Pemantau Antarabangsa-Mindanao |
| Ahad, 28 Februari 2010 00:00 |
|
Tim Perantara ini terdiri dari 19 pegawai dan 1 anggota lain-lain pangkat akan diketuai oleh Mejar Jeneral Datuk Baharom bin Hamzah selaku Ketua Tim Pemantau Antarabangsa - Mindanao (TPA - M V). Tim ini terdiri daripada komposisi pegawai-pegawai dari Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Perkhidmatan Awam. Turut serta ialah Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Panglima Angkatan Tentera Malaysia serta pegawai-pegawai kanan awam dan tentera Kementerian Pertahanan. |
| Terakhir dikemaskini pada Rabu, 14 April 2010 08:38 |







Subang 28 Feb 2010 - Menteri Pertahanan, YB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi menyempurnakan Majlis Penghantaran Tim Pemantau Antarabangsa-Mindanao V(TPA-M V) bertempat di Pergerakan Udara, Pangkalan Udara Subang.