Kempen Derma Darah Kementerian Pertahanan
Khamis, 04 Februari 2010 00:00

Kuala Lumpur 04 Feb 2010 - Menteri Pertahanan, YB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi merasmikan Majlis Kempen Derma Darah Kementerian Pertahanan bertempat di Dewan Seroja Kementerian Pertahanan.

Seramai 394 orang telah hadir untuk menderma darah, namun hanya 348 orang sahaja yang didapati layak untuk menderma darah.

Turut serta dalam majlis tersebut ialah Timbalan Menteri Pertahanan, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan serta pegawai-pegawai kanan awam dan tentera Kementerian Pertahanan.

Terakhir dikemaskini pada Isnin, 08 Februari 2010 08:24