Piagam Pelanggan
Menguruskan pertahanan negara dengan cekap dan berkesan supaya kepentingan strategik, kedaulatan dan keutuhan negara sentiasa terjamin
1.1.1 Menyediakan nota percakapan dan ikhtisar pertahanan untuk dimajukan ke Kementerian/ Agensi/ Organisasi Antarabangsa/ Organisasi Tempatan yang berkaitan dalam tempoh tujuh (7) hari selepas tarikh permohonan lengkap diterima.
1.1.2 Memajukan draf nota bantahan diplomatik dalam tempoh dua (2) hari bekerja mulai tarikh penerimaan laporan yang lengkap kepada Kementerian Luar Negeri.
1.1.3 Memberi pandangan kepada Kementerian Luar Negeri mengenai permohonan untuk kelulusan diplomatik bagi pesawat-pesawat dan kapal-kapal tentera asing dalam tempoh dua (2) hari bekerja dari tarikh permohonan diterima.
1.1.4 Jawapan kepada pertanyaan jawab lisan Parlimen disiapkan dan dimajukan ke Pejabat Menteri atau Timbalan Menteri selewat-lewatnya dua (2) hari sebelum tarikh menjawab di Parlimen.
1.2.1 Menganjurkan sekurang-kurangnya 3 program setahun berkaitan industri pertahanan dan keselamatan seperti penyertaan pameran pertahanan tempatan dan antarabangsa, seminar serta bengkel industri.
1.2.2 Menyediakan surat kelulusan credit offset (credit claim) dalam tempoh 2 minggu setelah dokumen lengkap diterima dan diperakui oleh beneficiary.
1.2.3 Mengkoordinasikan aktiviti/penyertaan syarikat industri pertahanan ke pameran pertahanan antarabangsa empat (4) bulan sebelum pameran berlangsung.
1.3.1 Permohonan penyelidikan, penyiasatan dan kajian berkaitan teknologi pertahanan dilaksanakan dalam tempoh 3 bulan dari tarikh permohonan.
1.3.2 Menyelesaikan pengujian dan mengeluarkan laporan dalam tempoh tidak melebihi:
(i) 1 bulan dari tarikh permohonan untuk item bukan tender perolehan; dan
(ii) 3 bulan dari tarikh permohonan untuk item tender perolehan.
1.3.3 Pengesahan Spesifikasi Perolehan Pertahanan
(i) Melaksanakan pengesahan Spesifikasi Perolehan Pertahanan dalam tempoh tidak melebihi 2 bulan dari
tarikh permohonan untuk spesifikasi yang lengkap; dan
(ii) Mengeluarkan Sijil Spesifikasi Perolehan Pertahanan dalam tempoh tidak melebihi 3 hari.
1.4.1 Mengeluarkan Pemerhatian Audit terhadap Pengauditan Prestasi yang bebas dan seimbang dalam tempoh 30 hari selepas pengauditan selesai dilaksanakan.
1.4.2 Melaksanakan Pengauditan Pengurusan Kewangan secara manual pada tahun semasa berdasarkan pusingan 3 tahun sekali terhadap 106 Pusat Tanggungjawab (PTJ).
1.4.3 Menyediakan dan mengemukakan Pemerhatian Audit bagi Pengauditan Pengurusan Kewangan kepada Auditi dalam tempoh 20 hari bekerja dari tarikh pengauditan selesai dijalankan.
1.4.4 Melaksanakan Pengauditan Pengurusan Kewangan secara On-Line terhadap sekurang-kurangnya 100 Pusat Tanggungjawab (PTJ).
1.5.1 Memperakui penerimaan aduan kepada pengadu dalam tempoh 24 jam selepas penerimaan aduan.
1.5.2 Memberikan maklumbalas tentang status aduan yang diambil tindakan sama ada telah selesai atau memerlukan siasatan lanjut dalam tempoh 15 hari berkerja dari tarikh penerimaan aduan.

Melayani dengan penuh iltizam segala keperluan Angkatan Tentera Malaysia dalam pembangunan keupayaan dan kesiapsagaan
2.1.1 Segala proses perolehan bagi bekalan dan perkhidmatan Kementerian Pertahanan bermula dari tarikh ia dipersetujui oleh Jawatankuasa Penapisan Perolehan (JKPP) Kementerian Pertahanan sehingga Surat Setuju Terima (SST) dikeluarkan hendaklah dilaksanakan dalam tempoh masa seperti berikut:
2.1.2 Semua kontrak bekalan dan perkhidmatan akan diperbaharui dalam tempoh 14 hari bekerja sebelum kontrak semasa tamat tertakluk kepada permohonan lengkap diterima dari pihak pengguna 6 bulan sebelum kontrak tamat.
2.1.3 Perolehan di bawah peruntukan ’Dasar Baharu’ dan ’One-Off’ akan diproses dalam tempoh tahun semasa tertakluk kepada penerimaan permohonan sebelum 31 Mac tahun semasa.
2.2.1 Proses pengurusan tender atau sebutharga bagi kontrak kerja daripada tarikh tender atau sebutharga ditutup sehingga tarikh Surat Setuju Terima (SST/LOA) hendaklah dilaksanakan dalam tempoh masa yang ditetapkan seperti berikut:
2.2.2 Dokumen kontrak disediakan untuk ditandatangani dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh pengeluaran surat tawaran.
Piagam Pelanggan
Melayani dengan penuh iltizam segala keperluan Angkatan Tentera Malaysia dalam pengurusan sumber manusia, kewangan dan ICT
3.1.1 Semua program menerima Waran Peruntukan Am (WPA) dalam tempoh sepuluh (10) hari bekerja dari tarikh penerimaan waran daripada Perbendaharaan melalui Pegawai Pengawal.
3.1.2 Permohonan kelulusan kewangan diproses dan diputuskan dalam tempoh lima (5) hari bekerja dari tarikh permohonan diterima.
3.2.1 Memastikan semua bil bayaran dijelaskan dalam tempoh 14 hari dari tarikh bil lengkap diterima.
3.2.2 Memproses gaji penjawat awam dan menghantar maklumat gaji ke bank 3 hari bekerja sebelum tarikh gaji bagi memastikan pembayaran gaji dibuat kepada penjawat awam pada tarikh yang ditetapkan oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia.
3.2.3 Mengakaunkan terimaan dan mengeluarkan resit rasmi kepada pembayar dalam tempoh 1 hari bekerja.
3.2.4 Melakukan naziran ke atas semua PTJ eSPKB di Lembah Klang sekurang-kurangnya sekali setahun bagi setiap PTJ.
3.3.1 Cadangan penambahbaikan dan permohonan elaun, kemudahan dan syarat-syarat perkhidmatan serta faedah persaraan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dikaji dan dipertimbangkan untuk dikemukakan ke Agensi Pusat dalam tempoh:
i) dua puluh satu (21) hari bekerja dari tarikh cadangan lengkap diterima bagi cadangan yang kompleks; dan
ii) tujuh (7) hari bekerja dari tarikh cadangan lengkap diterima bagi cadangan yang tidak kompleks.
3.3.2 Dokumen persaraan yang lengkap dikemukakan kepada JPA tidak lewat daripada empat (4) bulan sebelum tarikh persaraan.
3.3.3 Sesi intervensi kaunseling dilaksanakan dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikh permohonan yang lengkap diterima.
3.4.1 Memastikan rangkaian dan sistem aplikasi mencapai tahap ketersediaan capaian tidak kurang 99% sepanjang tempoh waktu bekerja dalam operasi normal.
3.4.2 Menyelesaikan 100% insiden keselamatan ICT dalam tempoh 24 jam.