Perutusan Menteri Pertahanan
Selasa, 27 Oktober 2009 10:30
Dato' Seri Dr. Ahamd Zahid Hamidi


Bismillahirrahmanirahim,

Assalammualaikum w.b.t. salam sejahtera dan salam 1 Malaysia,

Terlebih dahulu, saya ingin melahirkan rasa syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan limpah kurniaNya kita dapat melancarkan portal baru Kementerian Pertahanan sekaligus mendekatkan diri dengan rakyat Malaysia terutamanya generasi muda.

Portal Rasmi Kementerian Pertahanan adalah sebahagian dari komitmen kerajaan untuk bersikap lebih terbuka dalam sistem pentadbiran Kerajaan. Melalui laman web ini, para pengunjung boleh memperolehi maklumat-maklumat yang berguna termasuk pegawai-pegawai yang boleh dihubungi sama ada melalui telefon atau email. Malah Portal membuka ruang untuk pengunjung mengemukakan aduan secara online.

Saya juga berharap portal rasmi akan digunakan oleh orang ramai bukan sahaja untuk mendekatkan diri dengan Kementerian Pertahanan malah memberi cadangan yang bernas demi untuk meningkatkan mutu perkhidmatan kepada masyarakat.

Akhir kata, saya yakin Portal Rasmi Kementerian Pertahanan ini akan menjadi sumber maklumat kepada masyarakat.

Selamat melayari Portal Rasmi Kementerian Pertahanan Malaysia.

Terima kasih.

DATO’ SERI DR. AHMAD ZAHID HAMIDI
Menteri Pertahanan Malaysia

Terakhir dikemaskini pada Sabtu, 27 Februari 2010 10:30