Perutusan Ketua Setiausaha
Selasa, 27 Oktober 2009 10:01
Ketua Setiausaha

Bismillahhirrahmanirrahim,

Assalamualaikum wb  dan  Salam Sejahtera.

Segala puji-pujian bagi Allah serta selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Bersyukur saya ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan keizinanNya jua kita dapat terus menyumbang ke arah memartabatkan dan mencemarlangkan Kementerian Pertahanan sejajar dengan Dasar Pertahanan Negara. Sesungguhnya kehadiran Tahun 2010 akan membawa cabaran lebih besar kepada kita semua. Pengurangan dalam Peruntukan Belanja Mengurus 2010 seharusnya dijadikan platform untuk kita semua mengamalkan perbelanjaan berhemat dan mengelakkan pembaziran di samping meningkatkan prestasi dan integriti pengurusan.

Dalam usaha mencapai prestasi dan impak yang tinggi melalui Pelan Pembangunan Nasional, kita di Kementerian Pertahanan dan ATM akan terus berganding bahu untuk merealisasikan Misi Nasional tersebut. Saya yakin bahawa pencapaian lebih signifikan akan dapat dinikmati melalui pengenalan NKRA dan KPI  dalam Aspek Kesalamatan Negara. Semua ini terhasil dengan adanya kerjasama yang mantap di semua peringkat pengurusan.

Akhir kata, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua warga Kementerian, awam dan tentera yang telah memberi komitmen yang tinggi dalam mempastikan Kementerian Pertahanan terus cemerlang dan relevan sepanjang masa. Semata Maju Jaya.


Sekian, Wassalam


Dato' Sri Abu Bakar bin Haji Abdullah
Ketua Setiausaha
Kementerian Pertahanan Malaysia

Terakhir dikemaskini pada Sabtu, 27 Februari 2010 10:30