DKICT V5.0

PENGENALAN DKICT V5.0

DKICT MinDef mengandungi peraturan-peraturan yang mesti dibaca dan dipatuhi dalam menggunakan aset Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT). Dasar ini juga menerangkan kepada semua pengguna mengenai tanggungjawab dan peranan mereka dalam melindungi aset ICT MinDef.

OBJEKTIF

DKICT MinDef diwujudkan untuk menjamin kesinambungan bisnes MinDef dengan meminimumkan kesan insiden keselamatan ICT.
Dasar ini juga bertujuan untuk memudahkan perkongsian maklumat sesuai dengan keperluan operasi MinDef. Ini hanya boleh dicapai dengan memastikan semua aset ICT dilindungi. 

Objektif utama DKICT MinDef adalah seperti berikut :
(a) Menghebahkan pendirian pihak pengurusan untuk mendukung pelaksanaan keselamatan ICT;
(b) Menyediakan DKICT MinDef yang komprehensif, sesuai dengan perubahan semasa dan digunapakai oleh semua peringkat
pengurusan dan pengguna;
(c) Melindungi kepentingan aset dan pihak yang bergantung kepada sistem ICT daripada kesan kegagalan atau kelemahan dari segi
kerahsiaan, integriti, kebolehsediaan, kesahihan maklumat dan komunikasi, pencerobohan serta mencegah aktiviti
penyalahgunaan dan kecurian;
(d) Memastikan kelancaran operasi bisnes MinDef dengan mencegah serta meminimumkan kemusnahan dan kerosakan aset ICT; dan
(e) Memberi kesedaran keselamatan ICT kepada warga MinDef dan pembekal.

PERNYATAAN DASAR
Keselamatan ditakrifkan sebagai keadaan yang bebas daripada ancaman dan risiko yang tidak boleh diterima. Kawalan keselamatan adalah proses berterusan secara berkala yang mesti dilakukan untuk menjamin keselamatan. 

Untuk penerangan lanjut sila muat turun pdf di bawah:

http://www.mod.gov.my/index.php/ms/pangkalan-ilmu/penerbitan/category/13-dasar-ict-mindef

 

 

 

 

 

Demo

Kementerian Pertahanan

Jalan Padang Tembak
50634 Kuala Lumpur
MALAYSIA
(60)3-2059 8400
(60)3-2691 4163
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

×

  • Tatacara pemakaian pelawat Kementerian Pertahanan Malaysia

  • PERHEBAT menawarkan Skim Pembiayaan Mikro Usahawan Veteran ATM sehingga RM50,000.00. Untuk maklumat lanjut layari www.perhebat.net.my atau hubungi 03-6156 9412 sambungan 212/272

  • Sila klik di sini untuk makluman berkenaan tender.

×

Transformasi Nasional 2050 atau TN50 adalah satu usaha untuk membentuk masa depan Malaysia bagi tempoh 2020 hingga 2050. Dari sebuah negara maju, kita harus menyasar untuk menjadi antara negara teratas di tangga dunia dalam ekonomi, kesejahteraan rakyat dan inovasi.

Sasaran ini harus diisi dan diberi makna oleh warga Malaysia sendiri. Ayuh, marilah kita berkongsi pendapat dan idea serta menetapkan matlamat bersama ke arah masa hadapan Negaraku. Bersama kita satukan minda dan harapan.

Apakah aspirasi anda untuk Pertahanan Negara di tahun 2050?
Invalid Input

Jantina
Invalid Input

Umur
Invalid Input

Kaum
Invalid Input

Captcha(*)
CaptchaInvalid Input

×
Kaji Selidik Portal MinDef

 

 

 

 

 

 

 

Klik untuk selanjutnya