Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK)

Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK) adalah merujuk kepada sekumpulan kecil pekerja daripada unit kerja yang sama atau melintasi jabatan, bermesyuarat secara tetap untuk mengenalpasti, memilih, menganalisis masalah yang berkaitan dengan kerja dan mengemukakan cadangan penyelesaian kepada pihak pengurusan untuk pertimbangan dan keputusan pihak pengurusan serta melaksanakan keputusan tersebut setelah dipersetujui.

Objektif utama Konvensyen ini adalah seperti berikut:-

  1. Memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada staf-staf yang terlibat dalam KIK dengan memberi peluang kepada kumpulan-kumpulan KIK membuat persembahan;
  2. Membuktikan dan memberi keyakinan kepada Perkhidmatan Awam bahawa KIK boleh dilaksanakan dalam sektor awam;
  3. Meyakinkan bahawa KIK dapat membantu Pengurusan menyelesaikan masalah berkaitan kerja dan seterusnya membuat penambahbaikan secara berterusan;
  4. dan Mendapatkan maklumbalas mengenai masalah-masalah yang dihadapi dalam melaksanakan KIK dalam sektor awam bagi tujuan untuk mempertingkatkan lagi keberkesanan program KIK.

Dalam proses mengenalpasti projek/masalah, kumpulan KIK adalah dinasihatkan supaya tidak membincangkan beberapa perkara berikut iaitu:

  1. Dasar Jabatan;
  2. Perjanjian Kesatuan;
  3. Perkara mengenai tindakan tatatertib;
  4. Hal-hal peribadi;
  5. Gaji dan elaun-elaun;
  6. Belanjawan jabatan;
  7. Syarat-syarat perkhidmatan;
  8. Pembahagian tugas;
  9. Dasar kenaikan pangkat dan;
  10. Perkara-perkara lain yang tidak ada kaitan dengan masalah kerja.

CetakEmel

ATM
TDM
TLDM
TUDM

Kementerian Pertahanan Malaysia

Jalan Padang Tembak
50634 Kuala Lumpur
MALAYSIA
(60)3-2059 8400
(60)3-2691 4163
portal[at]mod[dot]gov[dot]my
×

Transformasi Nasional 2050 atau TN50 adalah satu usaha untuk membentuk masa depan Malaysia bagi tempoh 2020 hingga 2050. Dari sebuah negara maju, kita harus menyasar untuk menjadi antara negara teratas di tangga dunia dalam ekonomi, kesejahteraan rakyat dan inovasi.

Sasaran ini harus diisi dan diberi makna oleh warga Malaysia sendiri. Ayuh, marilah kita berkongsi pendapat dan idea serta menetapkan matlamat bersama ke arah masa hadapan Negaraku. Bersama kita satukan minda dan harapan.

Apakah aspirasi anda untuk Pertahanan Negara di tahun 2050?
Invalid Input

Jantina
Invalid Input

Umur
Invalid Input

Kaum
Invalid Input

Captcha(*)
CaptchaInvalid Input