BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2020
Slider

KUALA LUMPUR, 3 November 2020 - Perkhidmatan Kesihatan ATM melalui Kor Kesihatan Diraja (KKD) telah mengaturgerak petugas dan kelengkapan Hospital Medan ATM ke Tawau pada 17 Okt 20 lalu.

Subang, 27 Oktober 2020 - 61 petugas Tim Mobilisasi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah diterbangkan dengan menggunakan pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) ke Kota Kinabalu dan Tawau.

KUALA LUMPUR, 30 Oktober 2020 - Menteri Kanan Pertahanan, YB Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob telah menghadiri Majlis Penyerahan Cek Sumbangan kepada Yayasan LTAT oleh Affin Hwang Asset Management Berhad pada 30 Oktober 2020 di Ruang Sidang Media 1, Wisma Pertahanan.

Subang, 24 Oktober 2020 - Pesawat angkut jenis C130H dari No 20 Skn, Pangkalan Udara Subang telah melaksanakan penerbangan ke Sabah bagi membawa kelengkapan Hospital Medan Angkatan Tentera Malaysia (HMATM) dan alatan perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ke Kota Kinabalu serta Tawau.

SUBANG, 30 Oktober 2020 - Perdana Menteri, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin melakukan tinjauan persiapan penghantaran keperluan barang-barang kritikal COVID-19 ke Sabah yang dilaksanakan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Pangkalan Udara Subang pagi ini.

Labuan, 22 Oktober – Panglima Logistik Timur, Laksamana Pertama Dato’ Pahlawan Affenddy bin Suhaimi telah menyempurnakan upacara penerimaan refit KD SERANG di Preston Shipyard Sdn Bhd.