BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2020
Slider

LUMUT, 15 November 2020 - Menteri Kanan Pertahanan, YB Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob telah melaksanakan lawatan kerja ke Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Boustead Naval Shipyard Lumut hari ini.

Kementerian Pertahanan menzahirkan penghargaan kepada Kerajaan di atas pengumuman peruntukan Belanjawan 2021 yang berjumlah hampir RM16 bilion.

KUALA LUMPUR, 13 November 2020 - Menteri Pertahanan, YB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob telah menyempurnakan Penyerahan Buku Pelan Antirasuah Organisasi Kementerian Pertahanan Tahun 2020-2024 bertempat di Wisma Pertahanan, semalam.

KUALA LUMPUR, 5 November 2020 - Menteri Kanan Pertahanan, YB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob, bersama Ketua Setiausaha, YBhg. Dato’ Sri Muez Abd Aziz hari ini telah membuat lawatan susulan bagi melihat perkembangan dan keadaan mangsa kebakaran di Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) Desa Setia Wira.

KUALA LUMPUR, 10 November 2020 - Kapal milik TLDM iaitu Kapal Diraja (KD) LAKSAMANA TAN PUSMAH telah berjaya mengusir keluar tiga bot nelayan Indonesia yang didapati telah memasuki perairan negara pada petang 9 November 2020.

KUALA LUMPUR, 4 November 2020 - Pembayaran bagi Elaun Kenangan Pingat Jasa Malaysia (PJM) bagi Fasa 3 dan Fasa 4 sebanyak RM500.00 secara one-off (sekali bayaran) akan dilaksanakan mulai 5 November 2020 kepada 51,816 Veteran ATM.