BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2020
Slider

KUALA LUMPUR, 24 November 2020 - Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Datuk Zamrose bin Mohd Zain telah menyertai Mesyuarat Pelbagai Hala PTD Negara-negara ASEAN Ke-21 (21st ASEAN CHIEF OF ARMY MULTILATERAL MEETING / 21st ACAMM) yang dipengerusikan oleh PTD Brunei, Brigedier Jeneral Hj. Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan menerusi sesi sidang video di Pusat Operasi Tentera Darat, Wisma Pertahanan, Kuala Lumpur.

SABAH, 17 November 2020 - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melalui Tentera Darat di bawah kawasan tanggungjawab Divisyen Ke-5 Infantri Malaysia (5 Div) membantu Agensi Pengurusan Bencana Negeri Sabah dalam mengagihkan bekalan makanan ke lokasi PKPD di kawasan Kg Numbak.

KUALA LUMPUR, 20 November 2020 – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah laksanakan penerbangan ihsan membawa dua bayi perempuan dan seorang bayi lelaki bagi mendapatkan rawatan segera dari Kuching, Sarawak ke Pangkalan Udara Subang.

SUBANG, 16 November 2020 - Kumpulan Ke-4 Kontinjen MALBATT 850-7 telah selamat tiba di Pangkalan Udara Subang kira-kira jam 5.00 petang hari ini yang merupakan kumpulan akhir dari 4 peringkat pergerakan bermula 2 Oktober lalu.

KUALA LUMPUR, 20 November 2020 - Seramai 15 warga Angkatan Tentera Malaysia dari 1 Rejimen Renjer Diraja dan 515 Askar Wataniah terlibat dengan bantuan pembungkusan Personal Protective Equipment (PPE) kepada petugas Op Benteng di Sabah rabu lalu.

SUBANG, 15 November 2020 - Majlis Penghantaran kumpulan ke-4 MALBATT 850-8 telah disempurnakan oleh Ketua Staf Markas Angkatan Bersama, Mejar Jeneral Dato’ Ahmad Tajuddin bin Abdul Ghani di Pangkalan Udara Subang mewakili Panglima Angkatan Tentera.