BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2020
Slider

TAWAU, 21 Disember 2020 - Markas Angkatan Tugas Bersama 2 (ATB 2) telah menerima aset baharu iaitu dron bagi memperkukuhkan serta meningkatkan keberkesanan operasi di persempadanan negara.

KUALA LUMPUR, 21 Disember 2020 – Panglima Tentera Udara, Jen Tan Sri Ackbal bin Hj Abdul Samad TUDM telah menghadiri Majlis Pelancaran Penubuhan Bahagian Siber dan Elektromagnetik Pertahanan (BSEP) yang disempurnakan oleh Panglima Angkatan Tentera, Jen Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang TUDM di Auditorium Binary BSEP yang berlangsung pada 17 Disember yang lalu.

KUALA LUMPUR, 21 Disember 2020 – Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Datuk Zamrose bin Mohd Zain telah menghadiri Majlis Pembubaran Tim Op STARLIGHT-5 yang telah disempurnakan oleh Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Haji Affendi bin Buang TUDM pada 18 Disember yang lalu.

WUHAN, 18 Disember 2020 - Littoral Mission Ship (LMS) Keempat Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) telah selesai menjalani fasa pembinaan dan selamat diturunkan ke air di Limbungan Wuchang Shipbuilding Industry Group Ltd (WSIG), Wuhan, China pada 16 Disember 2020 bagi menjalani fasa seterusnya iaitu Fasa Ujian Penerimaan di Pelabuhan.

KUALA LUMPUR, 21 Dis - Laksamana Pertama Rohana binti Jupri telah menjadi ahli wanita pertama dalam Jawatankuasa Laksamana (JLAKS) TLDM.

SELANGOR, 16 Disember 2020 - Ketua Setiausaha, Dato’ Sri Muez bin Abd Aziz telah mengadakan lawatan kerja ke Kompleks Induk Institut Penyelidikan Sains & Teknologi Pertahanan (STRIDE), Kajang.