BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2020
Slider


Raub, 7 Januari 2021 - Menteri Kanan Pertahanan, YB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob telah membuat lawatan kebajikan ke atas keluarga pesara tentera, Samsudin bin Md Dan yang terjejas akibat banjir di Kampung Lechar, Ulu Dong, Raub, sebentar tadi.

KUALA LUMPUR, 5 Januari 2021 - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan mengaturgerak 4,983 pegawai dan anggota dalam operasi menyelamat mangsa banjir di 6 buah negeri menerusi Op Murni.

Raub, 7 Januari 2021 - Menteri Kanan Pertahanan, YB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob telah membuat lawatan kerja ke lokasi pemasangan Jambatan Compact Bailey 200 oleh Tentera Darat di Kampung Lechar, Raub, Pahang, hari ini.

MELAKA, 29 Disember 2020 – Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Datuk Zamrose bin Mohd Zain telah merasmikan Terendak Off Road Competency Circuit (TOCC) bertempat di Kem Terendak, Melaka.

KUANTAN, 6 Januari 2021 - Tentera Udara Diraja Malaysia(TUDM) telah mengaturgerak aset udara dan juga anggota bagi penugasan OP MURNI melibatkan penghantaran bekalan makanan serta barangan keperluan asas ke kawasan-kawasan terjejas banjir di sekitar negeri Pahang yang mana terputus hubungan laluan darat menggunakan helikopter EC 725 AP dari No. 10 Skuadron, Pangkalan Udara Kuantan.

Kuala Lumpur, 26 Disember 2020 - Dalam rangka lawatan ke Markas PMBTD, YB Menteri, Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob telah mengadakan lawatan kebajikan ke atas keluarga anggota 1 RAMD, Sjn Mohd Azhar bin Mohd Kasim yang mana anaknya Muhammad Aisy berusia 11 bulan menghidap down syndrome serta komplikasi kesihatan kronik lain antaranya Paru-Paru Berair, Jantung Berlubang, Bahagian Tulang Belakang Bengkok dan Lapisan Kulit di Bahagian Perut Nipis sejak lahir.