BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2021
Slider

SUBANG, 22 Februari 2021 - Pesawat angkut A400M milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah melaksanakan penerbangan bantuan logistik bagi penghantaran bekalan makanan asas ke Tawau, Sabah.

Sebanyak 37 kotak dengan anggaran berat keseluruhan 665 kg telah dimuat naik ke badan pesawat seawal jam 5.00 pagi oleh anggota dari Cabang Pergerakan Udara, Pangkalan Udara Subang.

Penerbangan yang berlepas seawal jam 7.00 pagi pada sabtu lalu telah membawa barang-barang keperluan asas sumbangan yang disalurkan oleh Badan Bukan Kerajaan (NGO), Yayasan Ikhlas.

Antara barangan sumbangan kebajikan yang akan diagihkan kepada penduduk di Tawau adalah makanan asas seperti beras, bihun, minyak masak, tepung gandum, gula, biskut dan makanan dalam tin

Penerbangan ini telah dikendalikan oleh Mejar Khairul Ikhmal TUDM selaku juruterbang dan pembantu juruterbang, Kapten Muhd Izwan TUDM bersama dua orang loadmaster iaitu PW U II Hairy dan Sjn U Nur Amsyar.

Untuk rekod, TUDM juga telah melaksanakan penerbangan dengan misi bantuan dan barangan yang sama pada 11 Februari lalu. Namun kali ini lebih berfokus kepada penduduk di sekitar Tawau sahaja berbanding sebelumnya lebih menyeluruh dan membabitkan penduduk di Semporna dan Lahad Datu. Misi bantuan penerbangan ke Sabah adalah bertujuan untuk memberi barangan sumbangan NGO kepada mangsa terjejas dan terkesan akibat pandemik COVID-19.

Walaubagaimanapun, ia jelas menunjukkan komitmen, sokongan dan usaha yang berterusan dihulurkan tanpa mengira masa dan tenaga. Selain itu, ia juga membuktikan kemampuan aset dan warga TUDM yang sedia di atur gerak bila-bila masa demi memastikan keutamaan serta kesejahteraan rakyat sentiasa menjadi keutamaan.

Foto : TUDM