BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2021
Slider

KOTA KINABALU, 26 Januari 2021 - Kementerian Pertahanan Malaysia melalui Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah melaksanakan penerbangan membawa Stok Bantuan Kemanusiaan (SBK) di bawah Inisiatif MinDef Prihatin Banjir 2021 hari ini.

Pesawat Angkut A400M yang dikendalikan oleh Mejar Tengku Syed Muhammad Amin bin Tengku Syed Abdul Rahman TUDM dan Kapten Mohamad Ridhwan bin Yahaya TUDM selaku pembantu juruterbang bersama tiga orang loadmaster telah berlepas seawal jam 7 pagi tadi dari Pangkalan Udara Subang.

Barang-barang keperluan SBK seperti tilam lipat, selimut, baju sejuk kanak-kanak, telekung, kain batik, kain pelikat, tikar, kain tuala dan hygine kit telah dikoordinasikan oleh Depot Simpanan Pertahanan Sungai Buloh untuk diagihkan kepada mangsa banjir di Negeri Sabah.

Kesemua barangan bernilai RM320,466.00 akan diserahkan kepada wakil penerima di 12 Daerah secara berpusat melibatkan atur gerak seperti berikut:

(1) 6 RAD - Daerah Beaufort, Papar, Kimanis dan Sipitang

(2) Kem 5 Bgd - Daerah Pitas/Kudat, Tuaran, Kota Marudu dan Kota Belud.

(3) 5 KPD - Daerah Silam

(4) 5 SSB - Daerah Putatan, Sepanggar dan Penampang

Penyerahan sumbangan telah disampaikan oleh Panglima 5 Divisyen, Mejar Jeneral Dato' Hj Mohd Halim Khalid kepada YB Datuk Haji Yakubah Khan, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Sabah di Bilik VIP Teratai, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu 2, Tanjung Aru.