BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2021
Slider

KUALA LUMPUR, 25 Januari 2021 – Ketua Setiausaha, YBhg. Dato’ Sri Muez bin Abd Aziz telah bersiaran dalam program bual bicara Assalamualaikum TV Al-Hijrah bagi membincangkan Hala Tuju Kementerian Pertahanan Tahun 2021 Dalam Menjaga Kebajikan Veteran ATM pagi ini.

YBhg. KSU dalam program bual bicara tersebut telah memfokuskan kepada dua tujuan utama iaitu peningkatan dari segi keupayaan dan kesiapsiagaan ATM serta kebajikan warga ATM dan juga veteran.

Selaras dengan peningkatan peruntukan 2021 yang diterima Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) ATM beberapa insentif dirangka kepada Veteran ATM seperti bantuan kad kesihatan pesakit luar bagi mendapatkan perkhidmatan kesihatan di hospital/klinik swasta serta mempertingkatkan program Cakna Veteran ATM iaitu dengan mengadakan lawatan kebajikan dan menyampaikan bantuan sewajarnya kepada mereka.

Bagi menyokong hasrat ini, YBhg. KSU turut menyeru masyarakat untuk terus menghulurkan sumbangan dana kepada veteran ATM melalui Kempen Tabung Pahlawan yang masih lagi giat dijalankan. Sumbangan yang diterima akan disalurkan sepenuhnya kepada Veteran ATM yang memerlukan tanpa mengira pangkat, kaum mahupun agama.

Selain itu, Kementerian juga memberi fokus untuk membantu anggota ATM dalam usaha pemilikan rumah sendiri bagi kemudahan mereka selepas tamat perkhidmatan.