BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2021
Slider

GUA MUSANG, 23 Januari 2021 : Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah mengatur gerak sebuah pesawat Helikopter EC725 AP dari No. 10 Skuadron bagi membantu menghantar bekalan makanan ke beberapa kawasan perkampungan orang asli di daerah Gua Musang, Kelantan semalam.

Antara sumbangan bekalan makanan adalah seperti beras, minyak, sardin, gula dan garam telah dihantar ke tiga kawasan penempatan orang asli iaitu di Pos Brooke, Pos Balar dan Pos Hau.

Penghantaran udara yang dilaksanakan oleh TUDM ini adalah usahasama di antara Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Negeri Kelantan dan Terengganu bersama Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Bandar Botanic.

Seramai 10 anak kapal terdiri daripada dua (2) komander pesawat iaitu Mejar Azwar Bunyamin bin Abd Azizi TUDM serta Mejar Mohamad Khairil bin Saaban TUDM; pembantu juruterbang, Kapten Aslam Hariri bin Abdul Rashid TUDM; kuatermaster udara, Sarjan U Jilvanio Stephanus dan enam (6) orang 'ground crew' telah terlibat dalam usaha murni ini.