BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2021
Slider

KLUANG,24 Januari 2021 - Kementerian Pertahanan Malaysia melalui Depot Simpanan Pertahanan (DSP) telah menyerahkan bantuan barangan keperluan bernilai RM584,600 kepada mangsa banjir di negeri Johor, semalam.

Program "Bantuan MINDEF Prihatin" ini adalah merupakan sumbangan yang diberikan oleh pihak Kementerian kepada mangsa banjir yang terjejas di negeri tersebut. Sumbangan adalah barang keperluan seperti tilam lipat, selimut, baju sejuk kanak-kanak, telekung dan barangan peralatan dapur.

Barang sumbangan akan diagihkan ke daerah terbabit oleh pasukan yang dilantik oleh MK 7 Briged dengan menggunakan kenderaan 3 ton kepada wakil penerima di daerah secara berpusat seperti berikut:

a) 10 RAMD - Daerah Pontian dan Batu Pahat.

b) 5 RAMD - Daerah Kluang.

c) 6 RRD - Daerah Kota Tinggi.

d) 7 SSB - Daerah Segamat.

e) 7 KOB - Tebrau dan Pulai.

f) 7 WKSP - Iskandar Puteri.

Sumbangan telah disampaikan oleh Panglima 7 Briged, Brigedier Jeneral Mohamed Fauzi Kamis di Dewan Mahkota, Kem Mahkota.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Negeri Johor, Datuk Samsolbari Jamali, Setiausaha Politik Menteri Pertahanan, Datuk Mohd Syed Fazmi Sayid Mohamad dan Setiausaha Politik Menteri Besar Johor, Datuk Zulkarnain Kamisan.