BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2021
Slider

KUALA LUMPUR, 19 JANUARI 2021 - Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah melaksanakan penerbangan ihsan membawa dua (2) bayi lelaki yang mengalami masalah jantung dari Kota Kinabalu, Sabah ke Pangkalan Udara Subang untuk menjalani prosedur pembedahan jantung dengan kadar segera di Institut Jantung Negara (IJN) semalam.

Kedua-dua bayi lelaki tersebut Mohammad Zayan Hafeez bin Abdullah berusia tiga bulan tiga minggu mengalami masalah jantung 'Mixed Total Anomalous Pulmonary Vanous Drainage (Unobstructed)', manakala bagi Muhammad Zul Aris bin Muhammad Zainulariffin berusia satu bulan menghadapi masalah 'Clinical Down Syndrome' sebelum ini menerima rawatan daripada Hospital Queen Elizabeth II, Kota Kinabalu Sabah. Penerbangan ihsan ini menggunakan pesawat angkut A400M dari No. 22 Skuadron, Pangkalan Udara Subang.

Pesawat telah diterbangkan oleh Leftenan Kolonel Nazlan Shah bin Zainal TUDM dan dibantu oleh pembantu juruterbang, Kapten Noor Mohamad Farhan bin Mohamad Noor TUDM bersama dua (2) orang ‘Loadmaster’, FSjn U Norfadley bin Saad serta Sjn U Nazmil Hafis bin Mohamad Nayan bersama dua (2) orang ‘Technician’, Kpl U Mohd Yazid bin Sapeei dan Kpl U Muhammad Haziq bin Shaharuzaman. Turut mengiringi bayi dalam penerbangan ini adalah ibu bayi berkenaan berserta seorang pegawai perubatan dan dua (2) orang jururawat.