BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2021
Slider

KUALA LUMPUR, 18 Januari 2021 - Menteri Kanan Pertahanan Malaysia, YB Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob, telah menerima panggilan telefon daripada rakan sejawatnya, Menteri Pertahanan Australia, Senator The Honourable Linda Reynolds sebentar tadi.

Kedua-dua Menteri telah memberi penekanan ke atas kekuatan dan kepentingan hubungan pertahanan dua hala di bawah Program Pertahanan Bersama Malaysia-Australia (Malaysia-Australia Joint Defence Program). Dalam perbincangan tersebut, kedua-dua Menteri turut mengesahkan komitmen terhadap Peraturan Pertahanan Lima Negara (Five Power Defence Arrangements, FPDA) termasuk sambutan ulang tahun ke-50 penubuhan FPDA yang akan dianjurkan oleh Malaysia pada tahun 2021.

Selain itu, mereka turut menyentuh mengenai cabaran keselamatan serantau dan antarabangsa yang mempunyai kepentingan bersama.

Kedua-dua Menteri turut berkongsi pengalaman Kementerian masing-masing dalam menangani situasi COVID-19. Dalam hal ini, YB Menteri Pertahanan telah merakamkan penghargaan kepada Australia di atas sumbangan peralatan kepada Bahagian Perkhidmatan Kesihatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang akan membantu meningkatkan kapasiti ATM dalam menghadapi cabaran COVID-19.