BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2021
Slider

KUALA LUMPUR, 18 Januari 2021 - Menteri Kanan Pertahanan, YB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob telah menerima sumbangan bagi pihak Kementerian Pertahanan daripada Pharmaniaga Berhad (Pharmaniaga) bagi Program Kembali Ke Sekolah bernilai RM180,000 untuk anak-anak anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan kakitangan awam Kementerian Pertahanan.

Sumbangan disampaikan oleh Pengarah Urusan Kumpulan Pharmaniaga, Datuk Zulkarnain Md Eusope.

YB Menteri turut menyampaikan sumbangan zakat wakalah sebanyak RM 20,000.00 kepada Timbalan Ketua Setiausaha Pengurusan, YBrs Puan Mastura binti Ahmad Mustafa untuk 100 orang kakitangan awam di Kementerian Pertahanan bertujuan membeli kelengkapan persekolahan bagi sesi 2021.