Slide 1

BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2021

KUALA LUMPUR, 12 Januari 2021 - Menteri Kanan Pertahanan Malaysia, YB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob hadir menyaksikan majlis menandatangani perjanjian bekalan vaksin COVID-19 secara pukal antara syarikat Pharmaniaga Berhad bersama Sinovac Life Sciences Co. Ltd.

 Pembekalan sebanyak 14 juta dos vaksin COVID-19 akan dilaksanakan oleh anak syarikat milik penuh Pharmaniaga, Pharmaniaga Life Science Sdn Bhd (PLS) di kilang suntikan volum kecil (SVI) berteknologi tinggi yang telah diubahsuai untuk menjalankan proses ‘fill and finish’ dan dijangka sedia untuk diedarkan kepada orang ramai pada akhir Mac 2021.

Untuk rekod, Pharmaniaga merupakan sebuah syarikat kesihatan bersepadu yang terbesar di Malaysia milik kumpulan syarikat Boustead Holdings Berhad dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera Malaysia.

Majlis yang diadakan secara maya ini turut dihadiri oleh Menteri Kesihatan, YB Dato’ Sri Dr Adham Baba dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Khairy Jamaluddin.