Slide 1

BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2021


Raub, 7 Januari 2021 - Menteri Kanan Pertahanan, YB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob telah membuat lawatan kebajikan ke atas keluarga pesara tentera, Samsudin bin Md Dan yang terjejas akibat banjir di Kampung Lechar, Ulu Dong, Raub, sebentar tadi.

Beliau turut berkesempatan melawat mangsa-mangsa banjir di sekitar kampung dan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di SK Muhammad Jabar, Ulu Dong yang menempatkan 147 orang serta menghulurkan sumbangan kepada mangsa yang terlibat.