BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2020
Slider

KUALA LUMPUR, 20 November 2020 - Seramai 15 warga Angkatan Tentera Malaysia dari 1 Rejimen Renjer Diraja dan 515 Askar Wataniah terlibat dengan bantuan pembungkusan Personal Protective Equipment (PPE) kepada petugas Op Benteng di Sabah rabu lalu.

Sumbangan yang disampaikan oleh pihak National Task Force (NTF) dengan kolaborasi bersama Majlis Keselamatan Negara (MKN) dibantu oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) adalah bertujuan untuk menjaga kebajikan dan keselamatan petugas barisan hadapan yang kini sedang berjuang bagi memastikan negeri itu bebas daripada penularan pandemik COVID-19.

Bantuan peralatan yang dibekalkan berupa barangan face mask sebanyak 750,000 helai, face shield sebanyak 8,000 keping dan hand sanitizer sejumlah 8,000 botol.

Warga ATM di Depot Simpanan Pertahanan Bandar Baru Sungai Buloh telah melaksanakan proses pembungkusan semula dan pelabelan baharu sejak 17 November 2020 sehingga kini. Proses tersebut dilakukan dengan penuh berhemah bagi memastikan peralatan tersebut sampai ke Sabah dengan selamat. Peralatan PPE ini bakal diterbangkan oleh pesawat TUDM dalam masa terdekat.

Sumber Gambar : National Task Force