BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2021
Slider

Labuan, 22 Oktober – Panglima Logistik Timur, Laksamana Pertama Dato’ Pahlawan Affenddy bin Suhaimi telah menyempurnakan upacara penerimaan refit KD SERANG di Preston Shipyard Sdn Bhd.

Upacara ini amat bermakna kerana refit KD SERANG telah berjaya disiapkan mengikut jadual berdasarkan perancangan yang dikemaskini susulan pandemik Covid 19.

Lebih membanggakan, kejayaan serta keberhasilan inisiatif repowering ke atas sistem kuasa gerak kapal merupakan kejayaan melibatkan kapal yang keempat. Berdasarkan inisiatif ini, kesemua jentera utama, kotak gear, shafting dan propeller ditukar baharu, menggantikan peralatan lama yang telah mencecah 40 tahun.

Dengan kejayaan ini, TLDM disaran terus berinovasi dengan inisiatif baharu yang berimpak tinggi bagi memastikan TLDM terus cemerlang, gemilang dan terbilang.

Sumber : Bahagian Kejuruteraan, Markas Tentera Laut