BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2021
Slider

Sandakan, 25 Sept 2020 - Menteri Kanan Pertahanan, YB Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob telah menyempurnakan Majlis Penganugerahan Pingat Jasa Malaysia (PJM) Peringkat Negeri Sabah Zon Sandakan kepada Veteran-Veteran ATM bertempat di Sabah Hotel, Sandakan, Sabah.

Seramai 85 orang Veteran ATM telah terpilih menerima pingat PJM dimana ini merupakan majlis penganugerahan yang ketiga untuk tahun 2020 selepas penganugerahan pertama di Johor pada 30 Ogos 2020 dan yang kedua di Kota Kinabalu pada 18 September 2020.

Sehingga hari ini, terdapat 30,014 warga Veteran ATM telah menerima PJM. Pemberian pingat ini merupakan salah satu penghargaan oleh kerajaan dan sebagai pengiktirafan kepada anggota tentera di atas sifat keperwiraan, keberanian, pengorbanan dan kesetiaan dalam menyumbang kepada kebebasan Malaysia dari ancaman komunis.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, YBhg Dato’ Sri Muez bin Abd Aziz, YBrs Puan Hajah Mariam binti Omar Matusin, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan) mewakili Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, YBhg Leftenan Jeneral Datuk Zakaria bin Hj Yadi, Panglima Medan Timur Tentera Darat, pihak pengurusan tertinggi Kementerian Pertahanan, wakil jabatan serta wakil-wakil persatuan Veteran ATM.