BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2021
Slider

KUALA LUMPUR, 22 Sept 2020 - Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jen Tan Sri Dato' Sri Hj Affendi bin Buang TUDM telah menyempurnakan Perbarisan Hari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Ke-87 di Dataran Panglima Tentera Darat, Kem Perdana Sungai Besi hari ini.

Dengan membawa tema 'Kedaulatan Negara Tanggungjawab Bersama', acara perbarisan pada tahun ini dilaksanakan mengikut norma baharu dan Standard Operating Procedure (SOP) yang telah ditetapkan kerajaan berikutan negara masih melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dan berdepan dengan pandemik COVID-19.

Perbarisan kali ini membawa konsep perbarisan tempur statik yang melibatkan ketiga-tiga perkhidmatan ATM iaitu Tentera Darat Malaysia (TDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). Dalam masa yang sama,  turut mempamerkan aset-aset Tempur TDM antaranya adalah PENDEKAR, LIPAN BARA, ADNAN, GEMPITA, Meriam 155mm G5, Rapid Ranger dan X-Band COTP.

Perbarisan yang diketuai oleh Lt Kol Mohd Fuad bin Md Ghazali dari Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja dengan diiringi oleh gabungan Pancaragam Pusat ATM yang diketuai oleh Mej Muhamad Nor Azizan bin Yahya.

Turut diadakan semasa perbarisan ini adalah Penganugerahan Pingat Kedaulatan Negara, Penyampaian Sijil Kepujian Panglima Angkatan Tentera kepada wakil Petugas Barisan Hadapan COVID-19 yang terlibat dalam Op PENAWAR dan Op BENTENG. Turut hadir Panglima Tentera Darat, Jen Tan Sri Datuk Zamrose bin Mohd Zain, Timbalan-timbalan Panglima Perkhidmatan, Pegawai-Pegawai Kanan serta anggota ATM.