BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2021
Slider

KOTA KINABALU, 17 Sept 2020 - Menteri Kanan Pertahanan, YB Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob telah mengadakan lawatan kerja rasmi ke Kem Paradise, Kota Belud dan Pangkalan TLDM, Kota Kinabalu, Sabah hari ini.

Ketibaan beliau yang diiringi oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Dato' Sri Muez bin Abd Aziz telah disambut oleh Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Datuk Zamrose bin Mohd Zain di Kem Paradise, Kota Belud untuk meninjau serta keadaan prasarana, kesiagaan serta permasalahan semasa yang berlaku di Briged Kelima Infantri Malaysia (5 Briged).

Kem Paradise adalah kem ke-14 dalam siri lawatan beliau ke Kem-kem Tentera di seluruh negara yang sepatutnya telah dilawati tetapi tertangguh akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Formasi Briged Kelima Infantri Malaysia baharu setahun berpindah ke kem tersebut daripada penempatan sebelum ini di Kem Lok Kawi.

Dalam sesi lawatan dan Majlis Ramah Mesra itu, YB Menteri turut menyatakan perancangan pembangunan kem yang telah diluluskan oleh kerajaan seperti pembinaan 633 unit Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT), Penempatan Batalion Infantri (Mekanise) dan Rejimen Armor di Kota Belud kini dalam proses tender yang memperuntukkan sebanyak RM498 juta bagi membaiki dan menyelenggara kemudahan demi keselesaan warga di Kem Paradise.

Selesai lawatan di Kota Belud, beliau dan delegasi di bawa ke Pangkalan TLDM, Kota Kinabalu bagi menghadiri Majlis Ramah Mesra bersama warga TLDM.