BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2020
Slider

Kota Bharu, 13 Sept 2020 - Ketua Setiausaha, YBhg. Dato’ Sri Muez bin Abd Aziz menyempurnakan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Dan Pingat Perkhidmatan (APC) & Pekerti Terbilang (PPT) Peringkat Negeri Kelantan dan Terengganu Tahun 2020 bertempat di Crown Garden Hotel Kota Bharu.

Majlis pada hari ini melibatkan 37 penerima APC, 10 orang pesara wajib menerima PPT & 1 orang pesara pilihan.

Turut hadir, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), YBrs. Puan Mastura binti Ahmad Mustafa, Panglima Markas 8 Briged, YBhg. Brigedier Jeneral Zamsari bin Abu Hasan, Komander Pangkalan Udara Gong Kedak (PUGK) Kol Wan Azwan Azwari Bin Wan Ali (TUDM) serta Pegawai-Pegawai Kanan Awam Mindef & ATM.