BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2021
Slider

NEGERI SEMBILAN, 08 Sept 2020 – Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato' Sri Hj Affendi bin Buang TUDM telah mengadakan lawatan kerja ke Pusat Pengaman Malaysia (PPM), Port Dickson, hari ini.

Lawatan tersebut bertujuan untuk melihat urustadbir yang dilaksanakan oleh Pusat Pengaman Malaysia. Terdahulu, beliau telah diberi taklimat oleh Komandan PPM, Kol Padman Bhaskaran mengenai organisasi serta peranan dan fungsi yang dijalankan oleh PPM.

Dalam rangka lawatan tersebut, beliau turut merasmikan pembukaan kursus United Nation Staff Officers Course (UNCOS) siri 14/2020 yang dihadiri seramai 21 peserta dari ketiga-tiga cabang perkhidmatan ATM serta PDRM. Seterusnya beliau turut meraikan sambutan Ulangtahun Jubli Perak Pusat Pengaman Malaysia yang telah ditubuhkan di Malaysia sejak tahun 1996.

Turut hadir, Encik Niloy Banerjee, Presiden Pembangunan Program United Nation Malaysia, Singapura dan Brunei Darussalam dan Mejar Jeneral Hashim bin Aman Shah, Assisten Ketua Staf Operasi Latihan Pertahanan.