BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2021
Slider

KUALA LUMPUR, 3 Sept 2020 - Sempena sambutan Hari Kebangsaan 2020 dan Hari Malaysia yang akan menjelang tidak lama lagi, Kementerian Pertahanan mengambil inisiatif untuk menyemarakkan lagi semangat kemerdekaan dalam kalangan warganya dengan menganjurkan satu pertandingan nyanyian “Suara Viral Mindef” di Auditorium Wisma Pertahanan hari ini.

Pertandingan yang julung kali diadakan ini telah diinspirasikan dari program “Suara Viral” yang turut disertai oleh dua orang kakitangan awam Mindef sebagai peserta.
Pertandingan yang dianjurkan oleh Bahagian khidmat Pengurusan dan Jawatankuasa Kebudayaan dan Sosial Kementerian Pertahanan ini telah menampilkan 5 org peserta akhir daripada 25 orang saringan yang telah diadakan lebih awal dan Encik Faisal dari Bahagian Pembangunan telah dinobatkan sebagai juara keseluruhan.
Hadir sama memeriahkan pertandingan itu tadi adalah Ketua Setiausaha, Dato’ Sri Muez bin Abd Aziz serta Pegawai-pegawai Kanan Awam Kementerian Pertahanan.