BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2021
Slider

JOHOR, 30 Ogos 2020 - Menteri Kanan Pertahanan, YB Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob telah menyempurnakan Majlis Penganugerahan Pingat Jasa Malaysia (PJM) Peringkat Negeri Johor bertempat di Savanna Hill Resort, Ulu Tiram, Johor hari ini.

Sebanyak 350 orang Veteran ATM telah dianugerahkan Pingat Jasa Malaysia (PJM). Majlis hari ini merupakan majlis penganugerahan yang pertama untuk tahun 2020 memandangkan situasi negara menghadapi penularan wabak COVID- 19. Sehingga hari ini, terdapat 29,314 warga Veteran ATM telah menerima PJM manakala untuk baki veteran yang layak dan belum lagi dianugerahkan akan dijadualkan penganugerahannya pada masa akan datang.

Penganugerahan PJM telah dilaksanakan mulai 3 Mac 2004 yang merupakan satu pengiktirafan kepada anggota tentera di atas sifat keperwiraan, keberanian, pengorbanan dan kesetiaan dalam menyumbang kepada kebebasan negara daripada ancaman komunis.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah YBhg Dato' Sri Muez bin Abd Aziz, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, YBhg Jeneral Tan Sri Datuk Zamrose bin Mohd Zain, Panglima Tentera Darat, YBhg Pesuruh Jaya Polis Dato' Ayob Khan Mydin Pitchay, Ketua Polis Johor, YBhg Mejar Jeneral Dato' Dzulkarnain bin Ahmad, Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM dan lain-lain jemputan.