BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2021
Slider

KUALA LUMPUR, 28 Ogos 2020 - Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), Encik Ahmad Nadzri bin Mohd Hassan mewakili Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan hadir ke Mesyuarat Jawatankuasa Dasar Industri Pertahanan Negara (JKDIPN) yang diadakan di Hotel Intercontinental KL hari ini.

Mesyuarat pada kali ini adalah bagi membincangkan kerjasama strategik antara kementerian-kementerian berkaitan termasuk agensi-agensi penguatkuasaan bagi menyediakan draf Dasar Industri Pertahanan Negara (DIPN) yang merupakan kesinambungan kepada KPP khusus yang memperincikan inisiatif bagi memperkasakan industri pertahanan tempatan.

Turut dibincangkan, pentingnya DIPN menjadi satu garis panduan untuk inisiatif-inisiatif bagi mewujudkan platform kesamaan antara agensi pertahanan, keselamatan dan penguatkuasaan termasuk cadangan keutamaan khusus produk pertahanan tempatan bagi proses perolehan kerajaan.

MinDef mengharapkan komitmen serta penglibatan aktif semua pihak yang terlibat dalam pembangunan DIPN ini agar dapat menghasilkan satu dokumen yang menyeluruh dan terangkum.