BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2021
Slider

KUALA LUMPUR, 27 Ogos 2020 - Ketua Setiausaha, YBhg. Dato’ Sri Muez bin Abd Aziz menyempurnakan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Dan Pingat Perkhidmatan (APC) & Pekerti Terbilang (PPT) Peringkat 12 Briged Tahun 2020 bertempat di Dewan Dato' Othman Harun, Kem Wardiebun.

Majlis pada hari ini melibatkan 38 orang penerima APC, 19 orang pesara wajib menerima PPT & 5 orang pesara pilihan. Turut hadir, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), YBrs. Puan Mastura binti Ahmad Mustafa, Panglima Markas 12 Briged, YBhg. Brig. Jen Datuk Marzuki bin Hj. Mokhtar, Setiausaha Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Encik Yuswan bin Yunus serta Pegawai-Pegawai Kanan Awam Mindef & ATM.