BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2021
Slider

KUALA LUMPUR, 26 Ogos 2020 – Menteri Kanan Pertahanan, YB Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob hari ini melakukan lawatan kerja ke Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) Kem Batu Kentomen bagi meninjau kebajikan dan keperluan anggota serta keluarga.

Pada masa yang sama, beliau turut mengambil kesempatan membuat lawatan kebajikan ke atas keluarga anggota Sjn Adini binti Ismail bertugas di 91 Depot Pusat Kor Ordnans Diraja yang mempunyai anak menghidap sakit Leukimia dan Down Syndrom. YB Menteri turut membuat lawatan ke atas adik Nur Syafiqah Qalesya binti Mohamad Atriq Azmin anak kepada Kpl Mohamad Atriq Azmin Maula Afandy Azman yang menghidap sakit Paru-paru Kronik.

Beliau turut menyampaikan sumbangan peribadi kepada kedua-dua keluarga sebagai tanda keprihatinan kepada mereka bagi meringankan bebanan terutama dalam mendepani norma-norma baharu pada masa kini.