BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2021
Slider

KUALA LUMPUR, 25 Ogos 2020 - Ketua Setiausaha, YBhg. Dato’ Sri Muez bin Abd Aziz menyempurnakan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Dan Pingat Perkhidmatan (APC) & Pekerti Terbilang (PPT) peringkat Markas 11 Briged Tahun 2020 bertempat di Dewan Perhebat, Kem Sg Buloh.

Majlis pada hari ini melibatkan 39 orang penerima APC terdiri daripada penjawat awam di Kementerian Pertahanan , 19 penerima Pingat PPT dan 2 orang menerima anugerah pesara pilihan.

Turut hadir, Panglima Markas 11 Briged, YBhg. Brig. Jen.Norsham Bin Mat Tap, Setiausaha Bahagian Pembangunan, Dr. Hj. Al-Azmi Bin Bakar, Encik Yuswan bin Yunus, Timbalan Setiausaha Kanan Bahagian Pembangunan serta Pegawai Kanan Awam Mindef & ATM.