BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2021
Slider

KOTA KINABALU, 23 Ogos 2020 – Menteri Kanan Pertahanan, YB Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob telah mengadakan lawatan kerja ke Markas Divisyen Kelima Infantri Malaysia (MK 5 Div), Kem Lok Kawi, Kota Kinabalu, hari ini.

Ketibaan YB Menteri telah disambut oleh Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Datuk Zamrose bin Mohd Zain dan seterusnya menerima tabik hormat serta memeriksa Kawalan Kuarter dari anggota MK 5 Div.

Lawatan diteruskan dengan taklimat berkaitan pengoperasian dan perkembangan 5 Div yang disampaikan oleh Panglima 5 Div, Mej Jen Datuk Muhammad Hafizzudeain bin Jantan. 

YB Menteri bersama delegasi kemudian turut dibawa melawat ke beberapa lokasi di dalam Kem Lok Kawi bagi melihat dengan jelas keadaan infrastruktur dan perkembangan projek pembangunan yang sedang dan akan dilaksanakan. Antaranya ialah lokasi bangunan baru MK 5 Div, Kompleks Tempat Simpanan Peluru (TSP) dan bangunan Sekolah Kebangsaan Kem Lok Kawi. Hadir sama di sepanjang lawatan ini ialah Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Dato' Sri Muez bin Abd Aziz bersama Pegawai Kanan Awam dan ATM.