BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2021
Slider

KOTA KINABALU, 23 Ogos 2020 - Ketua Setiausaha, YBhg. Dato’ Sri Muez bin Abd Aziz menyempurnakan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Dan Pingat Perkhidmatan (APC) & Pekerti Terbilang (PPT) Peringkat Kementerian Pertahanan Cawangan Sabah Tahun 2020 bertempat di Shangri-la Tanjung Aru Resort & Spa.

Majlis pada hari ini melibatkan 48 orang penerima APC terdiri daripada penjawat awam di Kementerian Pertahanan Cawangan Sabah dan 13 penerima Pingat PPT daripada pesara wajib.

Turut hadir, Pengarah Mindef Sabah, Encik Samasuddin bin Hj Lawe, Panglima Markas 5 Briged, YBhg. Brig. Jen. Zambery Jefry bin Hj. Darus, Setiausaha Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Encik Yuswan bin Yunus, Timbalan Setiausaha Kanan Bahagian Pembangunan, Encik Mohd Radzuan bin Abdul Manaf serta Pegawai Kanan Awam Mindef & ATM.