BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2021
Slider

KUALA LUMPUR, 18 Ogos 2020 - Sesi Penyerahan Surat Setuju Terima (SST) kepada Malaysian Industry-Government Group for High Technology (MIGHT) daripada Encik Ahmad Nadzri bin Mohd Hassan, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) kepada En Mohd Zakwan bin Mohd Zabidi, mewakili CEO MIGHT sebagai simbolik bermulanya kerjasama Kementerian Pertahanan dan MIGHT dalam membangunkan Dasar Industri Pertahanan Negara (DIPN).

DIPN merupakan kesinambungan kepada Kertas Putih Pertahanan (KPP) khusus bagi memperincikan inisiatif bagi memperkasakan industri pertahanan tempatan dan merupakan antara dokumen penting dalam rancangan reformasi industri pertahanan yang digariskan KPP.

DIPN ini akan menjadi garis panduan untuk inisiatif-inisiatif pembangunan industri pertahanan negara termasuk cadangan keutamaan khusus produk pertahanan tempatan bagi proses perolehan aset berkaitan pertahanan dan keselamatan negara.

Hadir sama ketika sesi penyerahan ini, Datuk Hj. Ruji bin Hj. Ubi. Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan), Pegawai Kanan Awam Kementerian Pertahanan serta wakil Malaysian Industry-Government Group for High Technology (MIGHT).