BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2021
Slider

PUTRAJAYA, 17 Ogos 2020 - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah telah berkenan menyempurnakan Istiadat Menghadap dan Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong bagi tahun 2020 di Balairung Seri, Istana Melawati, Putrajaya.

Dalam istiadat pengurniaan tersebut, Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang TUDM telah dikurniakan Darjah Kebesaran Panglima Mangku Negara (P.M.N) yang membawa gelaran ‘Tan Sri’.

Pada acara istiadat bersejarah ini juga, Panglima Tentera Udara, Jeneral Dato’ Sri Ackbal bin Hj Abdul Samad TUDM telah dikurniakan Darjah Kebesaran Panglima Setia Mahkota (P.S.M) yang membawa gelaran ‘Tan Sri’. Turut menerima pengurniaan Darjah Kebesaran Panglima Setia Mahkota (P.S.M) adalah Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Zamrose bin Mohd Zain yang membawa gelaran “Tan Sri”.