BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2021
Slider

KUCHING, 16 Ogos 2020: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berjaya mematahkan cubaan enam pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia yang mahu pulang ke negara mereka melalui jalan tikus.

Menurut kenyataan Markas Divisyen Pertama Infantri, empat lelaki dan dua wanita terbabit ditahan pasukan Batalion ke-10 Rejimen Renjer Diraja (10RRD) yang menjalankan Op Benteng di kawasan tersebut.

Mereka ditahan di kawasan ladang kelapa sawit Tetangga Akrab, kira-kira 5.2 kilometer dari sempadan Malaysia dan Indonesia pada jam 4.30 petang. Kesemua PATI termasuk barangan seperti motosikal, sekampit beras 30 kilogram dan telefon bimbit, yang dianggarkan bernilai RM 14,550 dibawa ke Balai Polis Serian untuk tindakan selanjutnya.