BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2021
Slider

KUALA LUMPUR, 14 Ogos 2020 -  Seramai 235 individu ditahan kerana ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan daripada jumlah itu, 220 individu dikenakan kompaun, manakala 15 lagi direman.

Menteri Kanan (Keselamatan), Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob, berkata antara kesalahan ingkar PKP itu termasuk dipercayai menjalankan kegiatan pelacuran membabitkan 15 individu; gagal menyediakan peralatan dan catatan keluar masuk premis (26) dan premis beroperasi lebih masa (12).

Selain itu, mereka turut ditahan kerana tidak memakai pelitup muka (16); gagal melunaskan bayaran kuarantin (1) dan menjalankan aktiviti dengan membabitkan kehadiran orang ramai sehingga menyukarkan penjarakan sosial (165).

Semalam, sebanyak 64,987 pemeriksaan diadakan untuk memantau dan menguatkuasa pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).