BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2020
Slider

PAGOH, 8 Ogos 2020 – Menteri Kanan Pertahanan, YB Dato’ Sri Ismail Sabri hari ini hadir ke Majlis Pelancaran Kempen Pembudayaan Norma Baharu di di Kompleks Sukan Pagoh, Johor 

Beliau yang juga Pengerusi Kempen Pembudayaan Norma Baharu menegaskan kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Kempen Pembudayaan Norma Baharu, bagi meningkatkan kesedaran dan memperkasa rakyat melindungi diri, keluarga dan komuniti, dalam usaha membantu petugas barisan hadapan, memerangi jangkitan COVID-19.

Beliau berkata program-program di bawah Kempen Pembudayaan Norma Baharu ini, akan dilaksanakan oleh semua Kementerian di peringkat persekutuan dan juga kerajaan-kerajaan negeri.

Majlis pelancaran yang telah disempurnakan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Kompleks Sukan Pagoh di sini turut dihadiri Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba dan Menteri Besar Johor, Datuk Ir Hasni Mohammad.