BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2020
Slider

KUALA LUMPUR, 7 Ogos 2020 - Kementerian Pertahanan menerima sumbangan Bakul Makanan daripada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) untuk diagihkan kepada veteran ATM yang terkesan akibat wabak COVID-19.

Sebagai permulaan, Kementerian Pertahanan menerima 500 Bakul Makanan yang telah disampaikan oleh YBhg. Dato’ Dr Junaidah binti Kamarruddin, Ketua Setiausaha KPWKM kepada YBhg. Datuk Muez bin Abd Aziz, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan dalam satu majlis di Wisma Pertahanan hari ini.

Bantuan Bakul Makanan yang dikelola oleh KPWKM ini merupakan salah satu bentuk bantuan yang diberikan oleh Kerajaan kepada rakyat Malaysia yang memerlukan yang terdiri daripada golongan B40.

Antara barangan keperluan asas yang diedarkan adalah beras, minyak masak, gula, tepung gandum, susu pekat, garam, bihun, ikan kering atau bilis, kicap, sos cili, sardin, teh atau kopi, biskut, rempah ratus dan cili kering.