BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2020
Slider

KUALA LUMPUR, 5 Ogos 2020 - Pasukan pengaman Batalion Malaysia (MALLBATT) 850-7 di Lubnan bersedia memberi Bantuan Kemanusiaan dan Bencana (HADR) jika komitmen itu diperlukan Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNIFIL), susulan insiden letupan di Beirut pada petang Selasa,

kata Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Jeneral Tan Sri Dato' Sri Haji Affendi bin Buang TUDM

Beliau berkata pasukan berkenaan yang menyertai misi UNIFIL di Selatan Lubnan sejak Oktober tahun lepas, ketika ini masih meneruskan rutin operasi di bawah Resolusi 1701 Majlis Keselamatan Pasukan Interim. Pasukan MALLBATT 850-7 sentiasa komited dan bersiap-siaga terhadap pelaksanaan tugas serta tanggungjawab dalam membantu memelihara keamanan di negara tersebut.

Menurut beliau, kesemua anggota juga berada dalam keadaan selamat, bersemangat tinggi dan tidak terlibat dalam insiden yang berlaku di negara berkenaan.

Media antarabangsa melaporkan dua letupan besar menggegarkan Beirut, Lubnan pada Selasa,  menyebabkan sekurang-kurangnya 73 orang terbunuh dan 3,000 yang lain cedera.