BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2020
Slider

PORT DICKSON, 4 Ogos 2020 - Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Muez bin Abd Aziz telah menyempurnakan Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) serta Pingat Pekerti Terbilang (PPT) Peringkat 1 Briged Tahun 2020 bertempat di Majestic Hall Port Dickson hari ini.

Seramai 58 orang penerima APC, 11 pesara paksa dan 5 pesara pilihan telah diraikan ketika majlis petang tadi. Hadir sama, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Puan Mastura binti Ahmad Mustafa serta Pegawai Kanan Awam dan ATM.